TAKLIMAT OLEH TIMBALAN PENGARAH LEMBAGA KEMAJUAN IKAN MALAYSIA (LKIM) DI KUALA PERLIS 

JANUARI 2009

Bagi memperolehi maklumat dan penjelasan sebenar mengenai isu-isu semasa berkaitan nelayan-nelayan Negeri Perlis, JKPKP Negeri Perlis telah mengambil inisiatif mengadakan satu pertemuan / taklimat khas dengan pihak LKIM Negeri. Taklimat tersebut telah berjaya memberikan penjelasan dan pemahaman kepada semua anggota JKPKP Negeri Perlis berkaitan isu yang dibangkitkan oleh orang ramai selama ini. Segala maklumat yang diperolehi dari taklimat ini akan digunakan sebagai bahan atau kaedah perantara apabila berhadapan dengan masyarakat di kampung.